93415283 Nota SJH1103 Kolonialisasi Di Tanah Melayu

42 pages
13 views

Please download to get full document.

View again

of 42
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Share
Description
Nota SJH1103 Hazman©ipda2012 KOLONIALISASI DI TANAH MELAYU TAKRIF KOLONIALISASI  Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, perkataan “kolonialisme” membawa maksud dasar atau amalan sesebuah negara ke atas sesebuah negara yang lain dan “kolonialisasi” adalah merujuk kepada proses ke arah menjayakan kolonialisme.   Perkataan ini sebenarnya berasal daripada perkataan colonia dalam bahasa Latin yang ertinya tanah jajahan atau permukiman. Kolonialisasi adalah suatu proses yang membawa kepada seb
Transcript
  Nota SJH1103 Hazman©ipda20121 KOLONIALISASI DI TANAH MELAYUTAKRIF KOLONIALISASI    Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi K eempat, perkataan “kolonialisme” membawa maksud dasar atau amalan sesebuah negara ke atas sesebuah negara yang lain dan “kolonialisasi” adalah merujuk kepada proses ke arah menjayakan kolonialisme.      Perkataan ini sebenarnya berasal daripada perkataan colonia dalam bahasa Latinyang ertinya tanah jajahan atau permukiman.    Kolonialisasi adalah suatu proses yang membawa kepada sebuah negara menguasairakyat dan sumber kekayaan negara lain tetapi tetap berhubungan dengan negaraasal.    Dalam konteks Tanah Melayu misalnya, proses kolonialisasi British ke atas TanahMelayu menyebabkan kerajaan-kerajaan tempatan di Tanah Melayu menerimasistem pemerintahan dan birokrasi British dan hasil bumi negara telah dikaut dandiangkut keluar ke Eropah. PERJANJIAN INGGERIS - BELANDA 1824Faktor-faktor Perjanjian1. Persaingan perdagangan di Timur    Sejak kedatangan pihak Belanda dan British di Timur terutamanya di Asia Tenggarapada awal abad ke-17, kedua-dua ini sudah tidak mempunyai perhubungan baik.VOC yang bertapak di Betawi (1619) telah menjalinkan hubungan baik dengan raja-raja tempatan. Kemudian, Belanda berjaya meluaskan empayarnya ke Melaka(1641). Pada ketika itu, SHTI sedang mencari pangkalan perdagangan dan pangkalantentera di rantau Asia Tenggara.    Perselisihan sentiasa timbul atas dasar perdagangan yang diamalkan iaitu sikapBelanda yang menjalankan dasar ingin memonopoli perdagangan di Asia Tenggara;manakala orang Inggeris berpendapat semua bangsa mempunyai hak dan kebebasanuntuk berdagang di rantau ini.  Nota SJH1103 Hazman©ipda20122    Hubungan yang buruk ini semakin meruncing kerana terdapat pegawai-pegawaiBelanda yang bersifat anti-Inggeris. Contoh yang baik bagi pegawai Belanda yangbersifat anti-Inggeris ialah Jan Peterzoon Coen dan Van der Capellan, kedua-duanyaialah Gabenor Jeneral Betawi. Bagi pihak Inggeris pula yang bersifat anti-Belandaialah John Jourdain.    Oleh sebab sifatnya yang anti-Inggeris menyebabkan Jan Peterzoon Coen menyerangorang Inggeris di Jakarta dengan tujuan menghalau mereka keluar dari Pulau Jawa(1619). Kota Jakarta telah dibakar hangus, lalu didirikan kota yang baru dan diberi nama “Betawi”. Keadaan menjadi semakin serius apabila berlaku peristiwa“Pembunuhan Beramai - ramai di Pulau Ambon” pada tahun 1623. dalam kejadian ini, beberapa orang Inggeris dan Portugis telah dihukum bunuh kerana dituduhmengadakan komplot untuk menggulingkan pemerintah Belanda di Ambon.    Akibat dari kejadian ini, hubungan di antara mereka menjadi tegang dan pihak Britishhampir menutup hampir semua lojinya kecuali di Bangkahulu di selatan pantai baratSumatera dan berundur dari Kepulauan Hindia Timur. Kegiatan perdagangan merekakemudian bertumpu di India. 2. Keperluan Diplomatik dan Politik    Bagi British persahabatannya dengan Belanda adalah penting dari segi “pertahanan/keselamatan”. Ini disebabkan kedudukan antara wilayah Belanda danBritish di Eropah adalah berdekatan.    Negeri Belanda ialah tempat yang paling sesuai untuk digunakan oleh pihak musuhsebagai tapak untuk menyerang British. Peristiwa ini telah pun terjadi pada tahun1795, apabila Napoleon Bonaparte menggunakan negeri Belanda sebagai pusatgerakan tenteranya untuk menyerang British.    Pada ketika itu, Belanda telah ditawan Napoleon dan kerajaannya terpaksaberlindung di Istana Kew, England dan kesemua tanah jajahannya diserahkan secarasementara kepada British mela lui “Perjanjian Surat - surat Kew”.      Dalam peristiwa ini, British sedar bahawa Belanda dapat menentukan masa depanBritish. Oleh itu, pihak British benar-benar mengharapkan bantuan danpersahabatan dari Belanda untuk menentang musuh. Oleh itu, mempunyai  Nota SJH1103 Hazman©ipda20123 hubungan baik dengan Belanda adalah perlu dan sebarang pertikaian yangmembawa kepada persengketaan kedua belah pihak haruslah dihentikan.    Sebelum itu, British juga terpaksa membantu Belanda menguatkan pasukantenteranya supaya negeri itu dapat mempertahankan diri dari serangan musuh. Inimembuktikan bahawa British berharap agar Belanda menjadi barisan hadapan jikaterjadi sebarang peperangan.    British juga sedar bahawa kedudukannya di Eropah mula terancam. Ini disebabkanperhubungannya dengan negara-negara Barat yang lain telah pudar. Selepas PerangNapoleon (1795-1815), British terpencil dari rakan-rakan sekutunya yang pada satuketika dahulu sama-sama menentang Napoleon. Prusia, Austria dan Rusia mulaimengasingkan diri dari England kerana perbezaan ideologi dan juga disebabkanperbezaan mazhab agama. Oleh itu, British mengharapkan Belanda dapat menjadipenyokongnnya di Eropah.    Keinginan British untuk berbaik-baik dengan Belanda jelas kelihatan dalamKonvensyen 1815 yang berlangsung selepas tamatnya Perang Napoleon. Inggeristelah bersetuju untuk menyerahkan semula Jawa pada tahun 1816 dan Melaka padatahun 1818 kepada Belanda yang diperolehi melalui Surat-surat Kew 1795. KerajaanBritish berbuat demikian sungguhpun mendapat tentangan hebat daripada SHTImemandangkan Pulau Jawa merupakan sebuah pelabuhan perdagangan yangberpotensi. 3. Pertikaian Wilayah Pengaruh    Stamford Raffles menentang keputusan pihak British yang hendak memulangkanPulau Jawa kepada Belanda. Raffles berpendapat bahawa Pulau Jawa amat pentingbagi strategi British sama ada dari segi perdagangan mahupun ketenteraan.Tambahan pula, Pulau Pinang yang dibuka pada tahun 1786 tidak lagi dapatberfungsi sebagai pusat perdagangan SHTI di rantau ini kerana kedudukannya yang jauh di utara dan di luar laluan perdagangan. Selain itu, Bengkahulu juga kurangstrategik memandangkan kedudukannya di pantai barat Sumatera terpisah daripadalaluan perdagangan di Selat Melaka.    Nota SJH1103 Hazman©ipda20124    Oleh itu, Raffles berhasrat membuka sebuah pelabuhan yang berkedudukanstrategik untuk bersaing dengan pelabuhan Betawi dan menyekat pengaruh Belandadi Hindia Timur. Akhirnya, beliau telah berjaya membuka Singapura pada tahun1819.    Tindakan Raffles menduduki Singapura dan membuat perjanjian dengan ketua-ketuadi Singapura telah dibantah oleh Belanda. Pihak Belanda mendakwa bahawaSingapura adalah wilayah di bawah naungannya. Belanda mengatakan Rafflesmencerobohi wilayah mereka dan mengugut akan menggunakan kekerasansekiranya British enggan berundur dari Singapura. Dengan itu, masalah ini telahmenimbulkan perang dingin antara British dan Belanda.    Bantahan juga dibuat oleh Gabenor Jeneral Betawi iaitu Baron Van der Capellankepada Gabenor Jeneral India, iaitu Lord Hastings. Ini telah mencetuskan sati “peperangan kertas” di antara mereka antara tahun 1819 hingga 1824.   4. Persaingan Singapura - Betawi    Gabenor Jeneral Lord Hastings menolak dakwaan Belanda memandangkan Singapuramerupakan sebuah pelabuhan bertaraf bebas yang membawa keuntungan kepadapihak Inggeris. Dalam jangka masa setahun sahaja, nilai perdagangan melebihi $4 juta. Pada tahun 1823, nilai perdagangan Singapura bertambah kepada $13.2 juta.Selain itu, penduduk di Singapura juga meningkat kepada 10000 orang. Dalamkeadaan ini, saudagar-saudagar SHTI di Calcutta mendesak petempatan Singapuradikekalkan.    Kemajuan pesat Singapura telah menjejaskan perdagangan Belanda di Hindia Timur.Perdagangan pelabuhan-pelabuhan Belanda di Hindia Timur seperti Betawi mulaimengalami kemerosotan. Untuk mengelakkan pertempuran yang terbuka, pihakBritish mengambil langkah untuk berunding dengan Belanda.
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks