930 Syariah Baharu _April 2012

87 pages
32 views

Please download to get full document.

View again

of 87
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Share
Description
syariah
Transcript
  1 STPM/S930 PEPERIKSAANSIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA(STPM) SYARIAH Sukatan Pelajaran dan Kertas Soalan Contoh   Sukatan pelajaran ini digunakan mulai sesi 2012/2013 dan tahun-tahun seterusnya sehingga diberitahu.   MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA  2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusanke arah memperkembangkan lagi potensi individu secaramenyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yangseimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi,dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyatMalaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,bertanggungjawab, berketerampilan, dan berkeupayaanmencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbanganterhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara.”  3 PRAKATA Sukatan Pelajaran Syariah yang baharu ini digubal untuk menggantikan Sukatan Pelajaran Syariahsedia ada yang telah digunakan semenjak peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia pada tahun2003. Sukatan pelajaran yang baharu ini akan mula digunakan pada tahun 2012. Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia pada tahun tersebut akan menjadi peperiksaan pertama yangmenggunakan sukatan pelajaran ini. Penggubalan semula Sukatan Pelajaran Syariah ini mengambilkira perubahan yang hendak dilakukan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia terhadap sistem peperiksaanSijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang sedia ada. Melalui sistem peperiksaan yang baharu ini,pengajian di tingkatan enam akan dibahagikan kepada tiga penggal dan calon akan mendudukipeperiksaan pada setiap akhir penggal. Tujuan utama Majlis Peperiksaan Malaysia memperkenalkansistem peperiksaan yang baharu ini adalah untuk memperbaiki orientasi pengajaran dan pembelajarandi tingkatan enam supaya tidak jauh berbeza dengan orientasi pengajaran dan pembelajaran di kolejdan universiti.Penggubalan semula Sukatan Pelajaran Syariah ini merupakan proses pengemaskinian tajuk,kandungan, dan kemahiran supaya selaras dengan perkembangan semasa. Sukatan pelajaran ini akanmemberikan pendedahan kepada calon di peringkat prauniversiti tentang pengajian fiqh, usul fiqh dankaedah fiqh, ayat ahkam dan hadis ahkam untuk memahami hukum syarak di samping menyelesaikanmasalah yang berbangkit. Selain itu, sukatan pelajaran ini juga mewajibkan calon menjalankan kerjakursus. Pentaksirannya dibuat melalui penghasilan kerja projek. Aspek ini difikirkan penting keranamelalui kerja kursus, calon bukan sahaja belajar untuk menguasai ilmu tertentu tetapi juga akan dapatmenerapkan kemahiran insaniah ke dalam diri mereka melalui pengalaman yang ditempuhi semasamenyiapkan kerja kursus tersebut. Pengalaman ini akan membantu calon dalam melaksanakan kerjakursus pada peringkat yang lebih tinggi pada masa hadapan.Sukatan pelajaran ini mengandungi tajuk, waktu pengajaran, dan hasil pembelajaran mengikutpenggal, di samping skim pentaksiran, pemerihalan prestasi, glosari, senarai rujukan dan soalancontoh.Usaha menggubal sukatan pelajaran ini telah dilaksanakan oleh jawatankuasa yang dipengerusikanoleh Y. Bhg. Profesor Madya Mohd Ridzuan bin Awang dari Universiti Kebangsaan Malaysia.Anggota jawatankuasa yang lain terdiri daripada beberapa orang pensyarah universiti tempatan, pakarbidang Syariah, wakil dari Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (Bahagian Kurikulum), dan guru-guruyang berpengalaman mengajar mata pelajaran Syariah. Bagi pihak Majlis Peperiksaan Malaysia, sayamerakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa ini ataskhidmat yang telah diberikan. Oleh yang demikian, adalah menjadi harapan Majlis PeperiksaanMalaysia agar sukatan pelajaran ini menjadi panduan kepada guru dan calon dalam proses pengajarandan pembelajaran di sekolah. Semoga pelaksanaan sukatan pelajaran ini berjaya mencapaimatlamatnya. OMAR BIN ABU BAKAR Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia  4 KANDUNGAN Sukatan Pelajaran 930 Syariah Halaman Matlamat 1Objektif 1 – 3KandunganPenggal 1 4 – 16Penggal 2 17 – 29Penggal 3 30 – 55Kerja Kursus (Kerja Projek) 56Skim Pentaksiran 57 – 58Pemerihalan Prestasi 59Glosari 60 – 65Senarai Rujukan 66 – 69Kertas Soalan Contoh:Kertas 1 70 – 73Kertas 2 74 – 77Kertas 3 78 – 81Kertas 4 82 – 83
Related Search
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks
SAVE OUR EARTH

We need your sign to support Project to invent "SMART AND CONTROLLABLE REFLECTIVE BALLOONS" to cover the Sun and Save Our Earth.

More details...

Sign Now!

We are very appreciated for your Prompt Action!

x